HIBURAN

Fattah Amin pasang impian bina masjid sebagai saham akhirat

KUALA UMPUR – Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin berkongsi hasrat untuk membina sebuah surau atau masjid sebagai amal jariah yang diharapkan menjadi saham akhirat buat dirinya serta keluarga.

Menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, impian membina rumah ibadah itu menjadi keutamaan berbanding perancangan memiliki aset komersial seperti kedai atau pusat beli-belah.

“Memang kita ada impian. Tapi sebelum ada kedai atau mall, saya nak ada masjid dulu. Itu saham akhirat,” kata suami kepada penyanyi Amira Othman itu.

Menurut pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu lagi, beliau mengagumi individu yang berpeluang menyumbang kepada pembinaan masjid kerana pahala daripada amalan tersebut diyakini berterusan selagi dimanfaatkan oleh orang ramai.

“Kita dengar orang yang ada surau, ada masjid. Bila ada masjid ni kita rasa macam, ‘bestnya’. Sebab kalau dia meninggal, selagi orang guna sebab dia infaqkan masjid tu, pahala dia berjalan.

“Baik saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri. Daripada saya niat nak ada mall sendiri, mall tu kedua ketiga lah. Pertama sekali saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Fattah turut memaklumkan beliau bercadang menamakan rumah ibadah yang ingin dibinanya sempena nama anak lelakinya, Muhammad Jarir Umar.

“Doakan cukup duit, kita nak buat masjid surau. Kita nak namakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mendoakan agar hasrat pelakon berusia 35 tahun itu dipermudahkan dan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button