Fattah, Amira pilih bercinta selepas nikah
KUALA LUMPUR – “Tiada istilah siapa jatuh cinta dulu, sebab kami bercinta lepas kahwin. Itu lebih indah.”
Demikian pengakuan romantis pasangan selebriti popular, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, yang kini menjadi tumpuan selepas sah disatukan sebagai pasangan suami isteri kelmarin.
Perkara itu dinyatakan mereka menerusi siaran langsung di TikTok malam tadi yang berjaya meraih tumpuan netizen dengan hampir 70 juta tanda suka dan lebih 200,000 tontonan.

Dalam sesi itu, Fattah dan Amira kelihatan mesra berpegangan tangan sambil melayan komen peminat yang membanjiri ruangan siaran langsung tersebut.
Malah, pengantin baharu itu turut menerima pelbagai jenis hadiah menerusi live tersebut daripada para peminatnya hingga pemberian itu mengalami kesesakan seketika.
Amira menggunakan akaun TikTok miliknya untuk mempromosikan produk kecantikan dan minuman, ditemani suami tercinta, Fattah di atas pelamin.
Bagi Fattah, percintaan selepas bernikah lebih bermakna kerana memberi ruang untuk mengenali pasangan dengan lebih ikhlas.
“Siapa jatuh cinta dulu? Tiada istilah itu untuk kami sebab kami bercinta lepas kahwin, itu lebih indah. Tapi, selalu kami kerja sama, itu yang senang kami get along. Go with the flow,” katanya.
Pelakon drama Wanita Terakhir itu turut memuji sikap Amira yang tenang menghadapi sebarang situasi.
“Kalau Amira marah, dia tak marah-marah, dia akan diam. Tapi senang nak pujuk,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Amira dan Fattah turut berkongsi mereka gemar berbual tentang topik agama dan tujuan hidup selain hal bisnes dan kerja.
“Kalau banyak bercakap, memang pasal bisnesm pasal kerja. Tapi kita ada satu topik yang saya suka, cerita pasal agama dan pasal tujuan hidup. Dalam topik ini, saya dan Amira sama. Bila bercakap pasal agama dan tujuan hidup ini, pemikiran kami apa yang kita percaya, apa yang kita fikirkan, apa yang kita cakap, sama.
“Bila agama tu kita cakap, kita setuju benda yang sama dan hidup tu kita setuju benda yang sama, kita jadi macam best. Apapun, saya rasa agama mesti diletakkan yang pertama,” ujar Fattah lagi.
Siaran langsung itu turut diserikan dengan detik mesra apabila Amira mencuba serum pada tangan Fattah, selain pasangan itu saling berpandangan ketika peminat mengusik wajah mereka yang dikatakan seiras.

Kemeriahan bertambah apabila Fattah menerima kejutan kek dua tingkat sempena ulang tahun kelahirannya yang diraikan ketika siaran berlangsung.
Amira kemudian menyuapkan sepotong kek ke mulut suami tercinta, sekali gus membuatkan ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan doa kebahagiaan.
Kelmarin, Fattah sah bergelar suami kepada Amira dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung penuh indah bertemakan warna putih di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















