Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam majlis persandingan penuh tradisi di Johor
JOHOR BAHRU – Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman diraikan penuh adat dalam majlis persandingan yang berlangsung meriah di Dewan Persada Johor Bahru, hari ini.
Majlis tersebut yang turut diwarnai dengan keindahan tradisi itu diadakan hampir sebulan selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Mengangkat tema tradisional Melayu, kedua-dua mempelai tampil memukau dalam persalinan rona putih gading rekaan pereka terkenal, Fiziwoo yang menyerlahkan keanggunan dan ketampanan mereka di atas pelamin berhias indah.

Menariknya, Fattah memilih untuk mengenakan baju Melayu teluk belanga sebagai simbol penghormatan kepada negeri Johor yang menjadi lokasi persandingan.
Pelamin kedua mempelai diserikan dengan taburan bunga merah dan ukiran perak yang menaikkan seri suasana majlis.
Majlis penuh adat itu turut dimeriahkan dengan persembahan rakan artis seperti Haziq Rosebi, Nabila Razali dan Ayai Illusi yang menghiburkan tetamu sepanjang acara berlangsung.
Siaran langsung majlis berkenaan turut disiarkan menerusi akaun TikTok Unifi TV Malaysia bagi memberi peluang kepada peminat menyaksikan momen bahagia mereka.
Difahamkan, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk meraikan keluarga dan kenalan rapat pihak pengantin lelaki.
Terdahulu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menamatkan zaman dudanya bersama Amira dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








