BERITA SEMASAHIBURAN

Fattah Amin nafi bakal nikah dengan Amira Othman

PETALING JAYA – Pelakon popular, Fattah Amin menafikan dakwaan yang mendakwa beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada 25 Mei ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, tarikh perkahwinan yang tular di media sosial itu hanyalah spekulasi semata-mata dan tidak berasas.

“Tarikh yang diperkatakan itu tidak wujud. Ia hanyalah rekaan peminat. Saya menafikan sekeras-kerasnya maklumat yang disebarkan di media sosial. Hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja,” katanya memetik laporan Kosmo.

Dalam pada itu, pelakon itu turut memuji keperibadian keluarga Amira yang disifatkannya sebagai sangat sopan dan merendah diri, termasuk adik penyanyi itu, Irfan Haris.

“Saya pernah bertemu dengan keluarga Amira, mereka sangat ‘humble’ dan baik orangnya. Kalau tengok Irfan pun, jelas terpancar sikap sopan santunnya,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Fattah kembali menjadi perhatian selepas dikaitkan dengan Amira susulan penceraian beliau dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button