JENAYAH & MAHKAMAH

Penemuan jasad bayi dalam longkang, polis tahan wanita bantu siasatan

KUALA BERANG – Polis menahan seorang wanita susulan penemuan jasad bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek yang berumur 23 tahun ditahan pukul 3.30 petang tadi di rumahnya.

BACA JUGA:
Mayat bayi tidak sempurna ditemukan dalam longkang

Penahanan itu, katanya, mendedahkan kelahiran bayi malang tersebut dan penglibatan suspek dalam kes berkenaan sekali gus membolehkan kes diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Hasil bedah siasat oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, pagi tadi mendapati, jasad bayi adalah cukup bulan dan meninggal dunia lebih daripada 24 jam dari masa diperiksa, iaitu 9 pagi.

“Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat dipastikan sama ada lahir hidup atau mati, begitu juga sebab kematian… jantina bayi juga tidak dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita menemukan jasad ayat seorang bayi tanpa beberapa anggota badan di dalam longkang ketika membasuh pakaian di belakang rumah di kawasan perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button