JENAYAH & MAHKAMAH

Rangka dalam tong dram sah rangka manusia

ALOR GAJAH – Rangka yang ditemukan dalam tong dram bersimen di kawasan Empangan Durian Tunggal, di sini kelmarin disahkan sebagai rangka manusia.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, proses bedah siasat ke atas rangka tersebut turut menemukan pakaian terdiri daripada kain pelekat berwarna biru, kemeja T dan seluar pendek.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat mengesahkan rangka tersebut adalah rangka manusia. Kita juga menemukan pakaian iaitu kain pelekat warna biru, baju-T dan seluar pendek.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, hari ini.

Ahmad kemudiannya menambah, pihaknya kini sedang menjalankan usaha mengenal pasti identiti mangsa termasuk jantina dan maklumat lanjut berkaitan penemuan berkenaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, tiga lelaki yang sedang memancing di kolam tadahan air Empangan Durian Tunggal menemukan rangka dipercayai manusia di dalam sebuah tong dram bersimen kira-kira pukul 11.40 pagi.

Tong dram itu ditemukan kira-kira 15 meter dari jalan utama sebelum pihak bomba membantu mengangkatnya keluar dari kawasan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan awal pasukan forensik kemudiannya menemukan rangka atau tulang dipercayai manusia di dalam tong berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button