JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja perempuan 14 tahun hilang sejak minggu lalu ditemui selamat

GOMBAK – Seorang remaja perempuan 14 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang setelah dihantar ke sekolah oleh datuknya di Taman Ehsan, Kepong Rabu minggu lepas ditemui selamat malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, mangsa berjaya diselamatkan di Batu Pahat, Johor dan sudah berada dengan ibu bapanya.

“Buat masa ini, mangsa sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin menambah, siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Gombak kini menjurus kepada siasatan orang hilang.

Katanya, kes akan selesai apabila mangsa ditemui.

“Namun sekiranya pemeriksaan doktor dapati ada perkara sebaliknya berlaku maka siasatan akan dijalankan oleh pihak polis IPD Batu Pahat,” jelasnya.

Laporan media semalam menyebut mengenai kehilangan remaja terbabit yang dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki selepas dihantar ke sekolah oleh datuknya kira-kira pukul 7 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button