JENAYAH & MAHKAMAH

Kotak plastik mencurigakan berisi blok binaan bukannya bahan letupan

KUALA LUMPUR – Kotak plasik mencurigakan yang dimusnahkan di Sri Petaling, petang tadi didapati mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kotak yang mencurigakan itu daripada wanita berusia 33 tahun pukul 12.57 tengah hari tadi dan pemeriksaan awal mendapati kotak itu menunjukkan bacaan radiasi yang agak tinggi.

BACA JUGA:
Polis periksa objek mencurigakan dipercayai bom di Sri Petaling

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur; Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRE) Bukit Aman serta Agensi Nuklear Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

ā€œUPB menggunakan peralatan Recoilless Disruptor 5.0 untuk memusnahkan kotak itu. Pemeriksaan terhadap kotak yang dimusnahkan menemukan beberapa kotak mengandungi barangan berbentuk blok binaan berwarna-warni,ā€ katanya dalam sat kenyataan, petang tadi.

Fadil berkata pemeriksaan susulan oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.

Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Fadil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-21159999, Hotline Polis Brickfields 03-22979222 atau balai polis berdekatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button