Kotak misteri tertulis ‘radioactive bomb’ sebenarnya alatan permainan ‘team building’
KUALA LUMPUR – Kotak misteri disyaki mengandungi bahan letupan yang ditemukan di Sri Petaling, Isnin lalu, disahkan sebagai alat permainan yang ditinggalkan seorang pekerja syarikat secara tidak sengaja.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya sudah berhubung dengan syarikat berkenaan susulan penemuan kotak itu.
BACA JUGA:
Kotak plastik mencurigakan berisi blok binaan bukannya bahan letupan
Polis periksa objek mencurigakan dipercayai bom di Sri Petaling
Difahamkan, alat permainan itu digunakan syarikat berkenaan dalam aktiviti bina insan (team building) bersama kakitangan.
“Hasil siasatan mendapati kotak berkenaan ditinggalkan oleh seorang pekerja syarikat berkenaan. Ia mengandungi 20 unit bata plastik permainan ‘Radioactive Bomb’.
“Permainan itu digunakan dalam aktiviti team building secara berkumpulan dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hoo berkata, wakil syarikat memaklumkan alat permainan itu digunakan ketika program di Ipoh, Perak, 11 September lalu sebelum dibawa pulang oleh kakitangan syarikat.
Bagaimanapun, katanya, keesokan harinya pekerja terbabit yang keletihan dipercayai tertinggal kotak itu di hadapan sebuah farmasi pukul 11 malam ketika mahu pulang ke rumah.
Menurutnya, semakan lanjut juga mendapati, permainan ‘Radioactive Bomb’ itu bertujuan menggalakkan kerjasama antara ahli pasukan serta meningkatkan kecergasan minda pemain.
Beliau memaklumkan permainan interaktif itu turut disokong modul yang disediakan dalam bentuk fail PDF oleh syarikat berkenaan.
Laporan media sebelum ini menyebut, orang ramai di sekitar Sri Petaling, di sini, gempar susulan penemuan kotak plastik mencurigakan yang dipercayai menghasilkan bacaan radiasi tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







