Polis Thailand tahan lelaki disyaki terlibat letupan IED di Tak Bai
CYBERJAYA – Polis Thailand menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden bom buatan sendiri (IED) di Tak Bai, Narathiwat yang mencederakan dua warga Malaysia, Isnin lalu.
Portal UM Online yang memetik sumber berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Tak Bai pukul 3.40 petang kelmarin dalam operasi bersepadu membabitkan tiga agensi penguat kuasa.
Penahanan suspek turut membawa kepada penemuan beberapa peralatan mencurigakan seperti lebih 10 jam tangan dan sejumlah besar serpihan paip ekzos motosikal.
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi Isnin lalu, dua warga Malaysia yang menaiki sebuah Proton X50 cedera selepas sebutir IED yang ditanam dalam pembetung di tepi jalan meletup dekat persimpangan Sapom di Tak Bai.
Pihak berkuasa Thailand berkata, rakyat Malaysia itu bukan sasaran serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pemisah.
Dua rakyat Malaysia itu dirawat di Hospital Narathiwat, sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















