Fadhlina harap Deepavali eratkan hubungan kekeluargaan
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berharap sambutan Deepavali tahun ini memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk meluangkan masa bersama insan tersayang, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“Deepavali selalu membawa kegembiraan yang tersendiri. Rumah dihias indah dan pelbagai juadah disediakan untuk meraikan hari yang bermakna ini.
“Saya harap Deepavali tahun ini memberikan lebih banyak kesempatan untuk kita menikmati waktu bersama orang tersayang dan mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Fadhlina turut menzahirkan ucapan buat seluruh masyarakat Hindu di Malaysia
“Khususnya para guru, murid dan keluarga besar pendidikan, saya titipkan ucapan penuh kasih agar perayaan ini membawa kebahagiaan serta kesejahteraan yang berpanjangan. Selamat Hari Deepavali,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














