BERITA SEMASA

Sultan Brunei hubungi Anwar, zahir keprihatinan dan doakan kesejahteraan

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon bagi bertanya khabar serta menyampaikan doa untuk kesihatan dan kesejahteraannya.

Dalam perkongsian berhubung perkara itu, Anwar berkenaan menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas keprihatinan serta doa yang disampaikan oleh baginda.

Beliau turut mendoakan agar baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Insya-Allah, saya akan menghadap Kebawah Duli Tuanku pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) merupakan platform penting bagi kedua-dua negara untuk membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama Malaysia-Brunei dalam pelbagai bidang.

Pada Isnin, Perdana Menteri dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button