
Temu Anwar di Jakarta 5 Sept ini
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat julung kali akan mengadakan program Temu Anwar di luar negara pada Selasa depan (5 Sept) di Jakarta, Indonesia.
Program tersebut merupakan satu program dialog yang diadakan bersama anak muda dan diadakan sempena rangka lawatan Perdana Menteri ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung di Jakarta dari 5 hingga 7 Sept.
Saya dijadualkan ketemu sahabat dan teman-teman Indonesia dalam satu acara wacana dan diskusi yang akan diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta pada Selasa ini bersamaan 5 September 2023.
Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda… pic.twitter.com/wyJIVFPAzp
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 2, 2023
“Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama saya dan selebritas (selebriti) terkenal Indonesia saudara Raffi Ahmad dan isteri, saudari Nagita Slavina.
“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” kata Anwar dalam satu ciapan di akaun X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) miliknya.
Orang ramai yang berminat menyertai program tersebut boleh mendaftarkan diri menerusi laman web temuanwar.com.
Temu Anwar diadakan khusus bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk mengutarakan soalan secara langsung.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








