SUKAN
Sukan Asia: Puripol Boonson terus cipta sensasi, Danish Iftikhar mara ke final 200m
NAGOYA – Pelari pecut Thailand, Puripol Boonson, terus mencuri perhatian apabila berjaya memecahkan rekod Sukan Asia acara 200 meter lelaki dengan mencatat masa 20.10 saat.
Tempat kedua pula diikuti pelari Jepun, Soshi Mizukubo dengan 20.37s, manakala Huang Youwen dari China menduduki tempat ketiga dengan 20.42s.
Pelari Malaysia, Danish Iftikhar pula menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan catatan 20.76 saat dan berjaya mara ke akhir.
Final acara itu dijadualkan berlangsung esok pada jam 6.35 petang waktu Malaysia.
Saingan final dijangka menjadi tumpuan selepas Puripol sebelum ini mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas 100m lelaki pada Sukan Asia 2026.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




