Sekolah capai sifar buli akan terima insentif – Fadhlina
KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr. Burhanuddin, Taiping, Perak bakal menerima insentif khas sekiranya berjaya mencapai status ‘sifar buli’, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, usaha membanteras salah laku buli perlu dijadikan petunjuk prestasi utama pentadbir sekolah dan diperangi habis-habisan.
“Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah ini berjaya mencatat ‘sifar buli’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, semasa lawatan ke sekolah berkenaan, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan RM100,000 khusus untuk menambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan demi keselesaan murid, guru serta warga sekolah.
Katanya, sekolah tersebut telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu, namun masih berpotensi untuk terus dipertingkatkan.
“Saya mahu anak-anak di SMK Dr. Burhanuddin untuk terus gigih berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








