PMX

Pendidikan kekal keutamaan, peruntukan terbesar setiap Belanjawan – Anwar

NILAI – Pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan apabila terus menerima peruntukan terbesar dalam setiap Belanjawan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sektor pendidikan diberikan keutamaan tertinggi sejak beliau menerajui pentadbiran negara, diikuti sektor kesihatan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan modal insan.

“Sejak saya ambil alih tugas, dalam setiap Belanjawan, peruntukan terbesar diberikan kepada bidang pendidikan. Kedua ialah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di IPG Kampus Pendidikan Teknik, di sini, hari ini.

Anwar berkata, pendidikan perlu menjadi pemangkin perubahan dengan melahirkan individu yang sentiasa berusaha memperbaiki diri serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa.

“Budaya yang sihat itu mesti ada striving for excellence. Cara kita belajar, pendekatan kita, cara kita bergaul, akhlak kita dan kerja kita,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkukuh sistem pendidikan turut memerlukan perubahan dalam pendekatan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) serta inovasi bagi memenuhi keperluan masa depan negara.

Katanya, perkembangan pesat teknologi termasuk AI dan transisi tenaga menuntut sistem pendidikan sentiasa berkembang supaya graduan yang dilahirkan kekal relevan serta mampu memenuhi keperluan industri.

“Semua perubahan itu memerlukan inovasi dan kaedah pemikiran baharu,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button