BERITA SEMASA

RMK13: Inisiatif kurangkan beban kos sara hidup rakyat diteruskan

KUALA LUMPUR – Inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, seperti program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan terus dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) juga, inisiatif Payung Rahmah termasuk Jualan Rahmah akan terus dipergiatkan bagi memastikan orang ramai dapat membeli bahan makanan dan keperluan asas pada harga berpatutan.

“Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar juga diteruskan.

“Kerajaan juga terus memastikan kos pengangkutan awam yang berpatutan. Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar akan diteruskan.

“Ini kita umumkan kerana ada kata ia tidak ada dilakukan, ini semua langkah yang baharu diambil oleh Kementerian Pengangkutan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button