BERITA SEMASA

RENTARA 2026: UPTM himpunkan 37 kumpulan muzik tempatan, sasar rekod MBOR

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menghimpunkan 37 kumpulan muzik tempatan menerusi persembahan secara langsung selama 13 jam tanpa henti dalam CommFest: RENTARA 2026, sebagai usaha mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori The Most Live Band Performed in an Event.

UPTM berkata, FESSHtival menggabungkan elemen akademik, kreativiti, komuniti dan pembangunan bakat menerusi pendekatan Experience-to-Employability, yang menterjemahkan pengalaman sebenar pelajar kepada kompetensi, portfolio, jaringan industri dan kesiapsiagaan kerjaya,” katanya dalam kenyataan

“Pendekatan itu turut memberi peluang kepada pelajar terlibat secara langsung dalam pengurusan program, komunikasi, media, pengurusan tetamu, vendor, fasilitasi serta operasi acara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Majlis penutupan FESSHtival x MPAJ 2026 disempurnakan Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Lailatul Asmah Mohd Tahir.

Bertemakan “Muzik Melakar Hari”, program itu berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 11 malam di Auditorium Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kelmarin.

Penganjuran CommFest: RENTARA 2026 adalah sebahagian daripada FESSHtival x MPAJ 2026 bertemakan “Semarakkan Kreativiti, Eratkan Komuniti” yang berlangsung dari 24 September hingga 4 Oktober lalu.

Program berkenaan dianjurkan Fakulti Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan (FESSH), UPTM dengan kerjasama MPAJ.

Baca juga : UPTM lancar modul Employability Advantage, perkasa kebolehpasaran graduan

Menurut UPTM, selain menjadi usaha mencipta rekod, RENTARA 2026 memberi tumpuan kepada persembahan muzik secara langsung selama 13 jam tanpa henti oleh band tempatan, selain mengetengahkan bakat muzik tempatan dan memberi pendedahan kepada industri muzik Malaysia.

Program berkenaan turut menjadi platform pembelajaran sebenar kepada pelajar UPTM apabila dianjurkan pelajar Semester 7 dan 8 program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) dalam Komunikasi Korporat (BK201) sebagai keperluan akademik bagi kursus COC4024: Communication Final Project.

UPTM berkata, menerusi penganjuran itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik kuliah ke dalam situasi sebenar, termasuk aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program.

“Penganjuran FESSHtival x MPAJ 2026 dilihat menghubungkan pengalaman pembelajaran sebenar, bakat tempatan, industri kreatif dan komuniti dalam usaha membangunkan kompetensi profesional pelajar, selain menyediakan ruang kepada pemuzik tempatan untuk mengetengahkan bakat mereka,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button