KPT giat pantau pelajar Malaysia di Iran
LANGKAWI – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang giat memantau keadaan pelajar Malaysia yang berada di Iran, walaupun terdapat segelintir mereka yang dikesan tidak berdaftar dengan KPT.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pemantauan itu dijalankan dengan kerjasama dengan Kementerian Luar.
“Setakat ini apa yang saya dapat ketika berada di Iran beberapa minggu lalu, pelajar Malaysia kira-kira ada tujuh orang.
“Walaupun mereka tidak berdaftar dengan KPT, namun sebagai rakyat Malaysia kita perlu prihatin tentang keberadaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN di Langkawi hari ini.
Terdahulu, KLN mengeluarkan arahan segera agar semua rakyat Malaysia di Iran meninggalkan negara tersebut susulan situasi keselamatan yang meruncing ekoran tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








