Rafizi hadiri Sidang Kemuncak ASEAN meski dihimpit kontroversi
KUALA LUMPUR – Di sebalik spekulasi mengenai kemungkinan meletakkan jawatan selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat tenang melaksanakan tugas rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.
Menteri Ekonomi itu hadir menyertai Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 yang bermula seawal jam 8 pagi.
Turut kelihatan dalam sidang tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan antara ASEAN dan rakan strategik luar menerusi penganjuran dua sidang penting.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak Trilateral ASEAN-GCC-China yang berlangsung hari ini akan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








