PRN Melaka: BERSAMA umum calon 15 Ogos
KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 15 Ogos ini.
Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, persiapan menghadapi PRN berkenaan kini berada di peringkat akhir selepas senarai calon parti dimuktamadkan.
“Kami sudah membuat keputusan dan memuktamadkan calon.
“Kami akan mengumumkannya pada satu majlis pada 15 Ogos,” katanya dalam episod terbaharu podcast Yang Berhenti Menteri.
Rafizi berkata, beliau bersama pemimpin BERSAMA yang lain turut mula mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada ahli baharu mengenai perlembagaan parti, persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang serta aktiviti yang dirancang.
PRN Melaka seterusnya perlu diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2027.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini dilaporkan memberi bayangan bahawa pilihan raya itu mungkin diadakan seawal September ini.
BERSMA membuat penampilan sulung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai lalu dengan meletakkan 15 calon.
Bagaimanapun, kesemua calon parti itu tewas dan kehilangan deposit masing-masing.
Sebelum ini, BERSAMA memutuskan untuk tidak bertanding pada PRN Negeri Sembilan bagi menumpukan sumber dan persiapannya kepada PRN Melaka yang akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







