POLITIK

Wan Ahmad Fayhsal sedia debat dengan Rafizi tapi bersyarat

KUALA LUMPUR – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan kesediaanya untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung pelbagai topik dan ia termasuk isu mencetak wang dan BlackRock.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Machang itu menegaskan, debat itu perlu dijalankan menerusi platform yang neutral, bukannya di pod siar
Rafizi.

“Saya bersedia berdebat tentang cetak wang, saya sedia berdebat isu MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) dan BlackRock ini, namun dalam mana-mana platform yang bukan milik beliau.

“Sediakan platform neutral, tak perlu ke Bernama, Sinar Harian pun cukup kalau Sinar Harian sudi untuk sediakan platform neutral.

“Biar saya ‘bergomol’ dengan Rafizi dalam hal ini, saya tak takut untuk berdepan dengan beliau. Sediakan platform neutral dan mari berdebat. Tak ada masalah,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Rafizi membidas cabaran Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Pemuda Bersatu terhadap pelawaannya yang ingin berdebat di siaran televisyen arus perdana.

Mempertahankan pendiriannya yang mahu berdebat di platform pod siar, Timbalan Presiden PKR itu menjelaskan kadar bayaran siaran TV sangat mahal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button