BERITA SEMASA

Dua wanita rentung dalam kemalangan di Yong Peng

BATU PAHAT – Dua wanita dilaporkan maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.

“Kereta itu terbakar kira-kira 80 peratus dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

“Bomba menjalankan kerja pemadaman sebelum mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shamin berkata mangsa ditemukan dalam keadaan rentung manakala tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki lori Isuzu tidak mengalami kecederaan.

Operasi yang melibatkan 16 anggota daripada BBP Ayer Hitam dan BBP Yong Peng tamat pada 6.38 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button