SPRM, AeU perluas peluang pendidikan tinggi
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Asia e University (AeU) membincangkan peluang memperkukuh pembangunan akademik pegawai SPRM menerusi program pengajian tinggi yang ditawarkan universiti berkenaan.
Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi AeU yang diketuai Presiden Pengasas AeU, Prof. Datuk Dr. Ansary Ahmed ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pegawai Integriti AeU, Profesor Madya Dr. Azmi Mohd dan Ketua Unit APEL AeU, Profesor Madya Ts. Fazilah Che Fauzi.
Pertemuan itu turut menjadi ruang untuk membincangkan perkembangan kerjasama sedia ada antara SPRM dan AeU susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak pada 2025.
Dalam pertemuan itu, Dr. Ansary turut menjelaskan mengenai peluang dan laluan pengajian akademik yang ditawarkan, termasuk peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Menurutnya, pengalaman kerja dan pengetahuan yang diperoleh pegawai sepanjang perkhidmatan boleh dinilai bagi membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tertakluk pada syarat yang ditetapkan.
Dr. Ansary kemudiannya berkata, seramai 52 pegawai SPRM mengikuti pengajian di AeU pada pelbagai peringkat dengan 14 orang daripadanya telah menamatkan pengajian di AeU University pada 30 September lalu dan dijadual menyertai majlis konvokesyen pada 24 Oktober ini.
Selain pembangunan akademik, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cadangan penubuhan Pusat Integriti SPRM yang masih di peringkat perbincangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








