BERITA SEMASA

Bajet 2027: RM1.2 bilion baiki hospital, klinik; 400 ambulans baharu

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan hospital serta klinik kesihatan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu turut merangkumi usaha menaik taraf kemudahan kesihatan, termasuk klinik daif.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan RM968 juta bagi peralatan perubatan moden, termasuk menaik taraf kemudahan hemodialisis.

“Sebanyak 400 ambulans baharu akan diperoleh bagi memperkukuh perkhidmatan kecemasan dan pengangkutan pesakit,” katanya di sini hari ini.

Mengulas pelantikan tetap doktor, beliau berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan sepanjang 2027 dengan mengambil kira syarat serta kumpulan yang terlibat.

Beliau berkata, pelantikan itu dijangka membantu menangani cabaran kekurangan doktor, manakala kerjasama dengan agensi berkaitan akan diteruskan bagi memperkukuh pengurusan sumber manusia kesihatan secara menyeluruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button