KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Belanjawan 2027: Fahmi sambut baik pengecualian cukai hiburan untuk filem tempatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menyambut baik langkah yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027, khususnya pengecualian cukai hiburan bagi tayangan filem dan persembahan teater tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu dijangka membantu industri perfileman tempatan serta memberi kelegaan kepada pengusaha pawagam dan penonton.

Beliau berkata, kementeriannya turut menyambut baik usaha memperkukuh infrastruktur digital negara, termasuk pembangunan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur digital yang lebih meluas serta projek kabel dasar laut yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga penting bagi meningkatkan kesalinghubungan digital negara.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Beliau turut berkata, kejayaan ekonomi negara perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat, termasuk peningkatan pendapatan isi rumah, akses kepada perkhidmatan lebih baik serta peluang perniagaan dan pekerjaan berkualiti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button