Polis tahan pemandu van terlibat kemalangan maut di hadapan sekolah
BATU PAHAT – Polis menahan pemandu van yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan Tahun Dua di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, dekat sini siang tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA JUGA:
JPN Johor ucap takziah, bantu keluarga pelajar maut di hadapan sekolah
Murid Tahun Dua maut dilanggar van depan pagar sekolah
“Kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah van yang sebelum itu berada dalam kawasan sekolah selepas menghantar barang sedang bergerak keluar melalui pintu utama menuju ke Jalan Simpang Lima, Parit Sulong.
“Pada masa sama, mangsa yang sedang berjalan kaki di hadapan pintu pagar sekolah dipercayai terlibat dalam pelanggaran dengan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Jelas beliau, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong.
Pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





