BERITA SEMASA

SPRM tahan MB Perlis

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, hari ini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, lapor portal The Star.

Azam dipetik sebagai berkata, Mohd Shukri ditahan bagi membantu siasatan ke atas anaknya.

“Beliau juga akan disoal mengenai beberapa tuduhan yang dibuat ke atasnya,” kata Azam.

Beliau menambah, SPRM akan membuat keputusan sama ada melanjutkan penahanan Mohd Shukri setelah soal siasat selesai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button