Wanita maut, dua cedera kereta langgar penghadang lebuh raya
TANJUNG MALIM – Seorang wanita berusia 18 tahun maut manakala dua lagi cedera selepas kereta Honda City dinaiki mereka melanggar penghadang jalan di Kilometer (KM) 388 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu, kenderaan berkenaan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan lebuh raya berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, terdapat tiga mangsa dalam kenderaan terbabit.
“Seorang wanita dewasa berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian, manakala seorang wanita berusia 20 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan,” katanya hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang maut disahkan oleh petugas kesihatan awam di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas kesihatan awam untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














