BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua lelaki maut kemalangan kereta, motosikal di Batu Kurau

IPOH – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Kampung Seri Makmur, Batu 7, Batu Kurau, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau bergegas ke lokasi.

“Kes kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear. Setibanya di lokasi, penumpang kereta berusia 26 tahun didapati tersepit di bawah kenderaan berkenaan.

“Penunggang motosikal berusia 21 tahun pula tercampak akibat hentakan. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi menambah, pemandu kereta yang berumur lingkungan 20-an mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi bomba tamat sepenuhnya pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button