BERITA SEMASA

Lagi kes langgar gajah melintas, suami isteri selamat

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri melalui detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, kejadian berlaku sekitar jam 9.20 malam ketika pasangan berusia 40 dan 38 tahun itu dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki Perodua Alza.

“Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, gajah itu dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insurans.

“Pihak berkuasa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan di kawasan itu memandangkan laluan berkenaan sering menjadi lokasi pergerakan haiwan liar, terutamanya pada waktu malam,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button