JENAYAH & MAHKAMAH

Peguam keluarga Zara Qairina sambut baik tindakan PDRM buka siasatan tatatertib

CYBERJAYA – Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyambut baik tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas pegawai yang terlibat dalam siasatan kes kematian pelajar berkenaan.

Peguam, Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser berkata, gelombang JusticeForZara harus menjadi peringatan kepada PDRM untuk memastikan semua kes kematian yang melibatkan keadaan yang meragukan disiasat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang efektif dan telus.

“Gelombang JusticeForZara di seluruh Malaysia yang menuntut keadilan bagi Zara tidak akan berlaku jika anggota terlibat mengambil langkah yang sepatutnya mengikut prosedur undang-undang bagi kes kematian yang melibatkan keadaan yang meragukan

“Kami (turut) memohon supaya tindakan tegas diambil terhadap pegawai-pegawai polis terbabit sekiranya terbukti berlaku ketidakpatuhan SOP siasatan,” kata kumpulan peguam tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumpulan peguan tersebut turut berkata, pihaknya kini sedang menunggu tarikh permohonan inkues dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

kenyataan media

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengumumkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuka kertas siasatan terhadap beberapa anggotanya kerana disyaki melakukan ketidakpatuhan SOP ketika melakukan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha itu.

Anggota yang terlibat adalah Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button