JENAYAH & MAHKAMAHSUKAN

Faisal Halim stabil, dirawat di hospital di PJ

PETALING JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pemain bola sepak yang disimbah asid, Faisal Halim kini berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya Faisal kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas diserang di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

“Polis Petaling Jaya menerima maklumat daripada orang awam seawal jam 5.59 petang melalui panggilan kecemasan 999.

‘Laporan awal memaklumkan seorang pemain bola sepak kebangsaan disimbah cecair dipercayai asid,” katanya seperti yang dilaporkan MStar online.

Hussein turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button