BERITA SEMASA

Ustaz Kazim Elias stabil, tiada pelawat dibenar melawat

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE) kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh, semalam.

Khabar itu dimaklumkan oleh pentadbir Admin DUKE menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

ustaz kazim
Ustaz Kazim dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta di Ipoh susulan masalah saluran jantung sempit. – Foto Facebook Najmuddin Elias

“Keluarga yang berbahagia Datuk Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, beliau stabil setakat ini.

“Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan Ustaz Kazim dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta di Ipoh akibat masalah saluran jantung sempit.

Related Articles

BACA JUGA:

Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke ICU, alami masalah saluran jantung sempit

Perkara itu disahkan oleh abang kepada penceramah tersebut, Datuk Mohd Najmuddin menerusi perkongsian di Facebook yang memaklumkan perkembangan terkini berkaitan beliau.

“Sekarang di ICU selepas (jalani prosedur) dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran yang sempit. Namun setelah dimasukkan satu belon, doktor mendapati ada satu lagi saluran sempit.

“Jadi perlu tambahan satu belon lagi. Saya difahamkan beliau mengadu teramat sakit dari sebelum ini. Pihak hospital tidak membenarkan lawatan pada waktu ini kecuali isteri beliau,” katanya dalam hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button