BERITA SEMASA

Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke ICU, alami masalah saluran jantung sempit

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh semalam berikutan masalah saluran jantung sempit.

Perkara itu disahkan oleh abang kepada penceramah tersebut, Datuk Mohd Najmuddin menerusi perkongsian di Facebook yang memaklumkan perkembangan terkini berkaitan beliau.

“Sekarang di ICU selepas (jalani prosedur) dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran yang sempit.

“Namun setelah dimasukkan satu belon, doktor mendapati ada satu lagi saluran sempit.

“Jadi perlu tambahan satu belon lagi. Saya difahamkan beliau mengadu teramat sakit dari sebelum ini. Pihak hospital tidak membenarkan lawatan pada waktu ini kecuali isteri beliau,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, pentadbir AdminDUKE menerusi satu hantaran di aplikasi Facebook malam tadi memohon orang ramai mendoakan kesihatan pendakwah tersebut.

“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Ustaz Kazim dilihat berada di atas katil hospital sambil ditolak masuk ke ICU.

Susulan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai.

“Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan,” kata Rozima Osman.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kepada-Mu kami memohon semoga dipermudahkan urusan perubatan Ustaz DUKE dan kembali sihat,” tulis Sri Diah Shaharuddin.

“Semoga ustaz segera pulih seperti sediakala,” kata Ross Leman.

Setakat ini, hantaran tersebut menerima 17,600 reaksi, 5,100 komen dan 915 perkongsian semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button