PM Anwar doakan Tun Abdullah segera sembuh
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar segera sembuh selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini semalam.
“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, mantan Perdana Menteri, itu dimasukkan ke IJN di setelah mengalami small spontaneous pneumothorax dan dilaporkan stabil serta masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU).
Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah menerusi kenyataan di Instagram memaklumkan, keadaan bapa mentuanya itu dalam keadaan baik ketika ini.
“(Abdullah) memerlukan rehat yang
secukupnya. Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau.
“Tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.
Sementara itu, kesihatan mantan Perdana Menteri itu disahkan sendiri oleh ahli keluarganya menerusi kenyataan hari ini.
“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik, namun memerlukan rehat yang
secukupnya.
“Pihak keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan.
“Tetapi, pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








