BERITA SEMASAPMX

Belanjawan MADANI 2027: 10,000 mahasiswa bakal nikmati kediaman baharu

KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 mahasiswa bakal mendapat kemudahan kediaman menerusi fasa pertama Projek Residensi Siswa yang diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2027, sebagai usaha menangani isu penginapan pelajar universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara universiti dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dengan Universiti Malaya (UM) menjadi antara institusi terlibat.

“Saya telah memberikan jaminan bahawa projek ini merupakan keutamaan Kerajaan. Semua jentera berkaitan, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu menyelaras usaha bagi memastikan projek ini disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

anwar
Anwar bergambar bersama mahasiswa di UM.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran Projek Residensi Siswa UM, di sini semalam.

Menurutnya, selain projek berkenaan, Projek Vista Kampus turut akan dilaksanakan di enam universiti terpilih, termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau berkata, penyediaan kemudahan kediaman yang lebih baik penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selain memastikan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan negara.

“Usaha ini mencerminkan komitmen untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta memastikan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button