PM hulur sumbangan kepada pesakit kanser, pesara tentera di Kuantan
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan kepada dua penerima di Taman Balok Jaya, Kuantan menerusi program Ziarah MADANI.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada seorang pesakit kanser pangkal hidung tahap empat, Mohd Sharul Ikmal, 27, serta pesara tentera, Pak Nik Soh, yang berdepan masalah saraf mata sehingga hampir hilang penglihatan.
Menurut Ahmad Farhan, kisah Sharul amat menyentuh hati kerana meskipun masih muda terpaksa berjuang melawan penyakit kronik di samping membesarkan seorang anak kecil.
“Lebih memilukan, anak kecil itu sedang membesar dalam keadaan bapanya diuji penyakit yang merosotkan kesihatan. Mereka amat memerlukan sokongan untuk terus bertahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri.
Mengulas mengenai Pak Nik Soh, beliau berkata bekas anggota tentera itu mengalami masalah saraf mata sejak tiga tahun lalu sehingga terpaksa bergantung kepada anak-anak serta jiran tetangga dalam meneruskan kehidupan seharian.
“Seorang ayah yang dahulu gagah berkhidmat demi negara, kini diuji dengan kesihatan yang membataskan. Atas mandat Perdana Menteri, saya serahkan sumbangan sebagai tanda kasih dan solidariti.
“Namun, lebih besar daripada itu ialah doa, perhatian dan usaha berterusan agar mereka tidak berjuang sendirian. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesembuhan serta ketabahan buat mereka sekeluarga,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








