BERITA SEMASAPMX

Agong titah PM terus urus negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Seri Paduka juga menitahkan beliau untuk terus memimpin Kerajaan Madani bagi mentadbir negara.

“Hari ini seperti kelazimannya, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan keria mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam satu hantaran di X hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Anwar berkata, sekiranya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button