BERITA SEMASAPMX

PM ucap tahniah Profesor UKM tersenarai 2 peratus saintis teratas dunia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah di atas kejayaan Profesor Profesor Dr Kuik Cheng-Chwee dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengharumkan nama negara apabila tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pengiktirafan itu mencerminkan kecemerlangan serta sumbangan besar ahli akademik berkenaan dalam bidang ilmu.

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto Facebook
“Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr Kuik Cheng-Chwee, Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM atas kejayaan tersenarai dalam kelompok 2 peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.
“Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan harapan agar pencapaian itu terus menyemarakkan budaya ilmu dan menjadi inspirasi kepada semua.
“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button