PM dakwa elemen Zionis terlibat rancangan jatuhkan kerajaan
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa siasatan berhubung cubaan menjatuhkan kerajaan ketika ini turut membabitkan penglibatan langsung kelompok Zionis terkemuka.
Menurut beliau, siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bukan sahaja wujud pakatan antara pihak luar negara dan individu tempatan, malah terdapat elemen Zionis yang digunakan dalam perancangan tersebut.
Beliau bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan sebelum maklumat lanjut didedahkan kepada umum atau dibentangkan kepada Ahli Parlimen.
“Dan kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka.
“Digunakan dalam program, projek ini dan nanti tunggu … sabar, seminggu atau dua minggu, bila keadaannya terbongkar, boleh diceritakan,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, tindakan merujuk atau mendapatkan sokongan daripada tokoh Zionis yang secara terbuka menentang Islam serta negara yang mempertahankan Gaza adalah tidak wajar.
“Apakah kita pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis yang memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza dan apalagi dengan kenyataan kita semalam (mengenai Iran),” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








