BERITA SEMASA

IPU Pasir Gudang cecah 207, kualiti udara semakin merosot

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara semakin merosot apabila Pasir Gudang, Johor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 207, sekali gus berada dalam kategori sangat tidak sihat setakat pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin, Johor merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 194, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (189) dan Johan Setia, Selangor (185).

Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 181, manakala Bandaraya Melaka merekodkan 179, diikuti Bukit Rambai (178) dan Alor Gajah (172).

Di Johor, beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan tidak sihat, antaranya Pengerang (177), Batu Pahat (172), Kluang (171), Kota Tinggi (164), Tangkak (163) dan Segamat (160).

jerebu
GAMBAR HIASAN

Sementara itu, Petaling Jaya mencatatkan IPU 173, Shah Alam (171) dan Putrajaya (174).

Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (172), Batu Muda, Kuala Lumpur (170), Seri Manjung, Perak (169) dan Cheras, Kuala Lumpur (168).

Secara keseluruhan, sebanyak 30 stesen mencatatkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat, manakala 37 stesen lagi berada pada tahap sederhana.

Taiping, Perak merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 99.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada dalam kategori sangat tidak sihat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button