BERITA SEMASA

Inter-Parliamentary Union buka ruang kongsi pandangan antara ahli Parlimen – Jalaluddin

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Inter-Parliamentary Union (IPU) kali ke-148 membuka ruang kepada seluruh ahli Parlimen untuk melontarkan cadangan dan sebagainya di peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang kini  berada di Geneva, Switzerland bersama dengan delegasi Ahli Parlimen Malaysia yang lain berkata, ruang yang ada itu digunakan sebaik mungkin dan masing-masing dapat bertukar pandangan.

“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha IPU dan AIPA. IPU ialah organisasi global Parlimen negara, memperkasakan Parlimen dan ahli Parlimen untuk menggalakkan keamanan, demokrasi dan pembangunan mampan.

“AIPA atau ASEAN Inter-Parliamentary Assembly ialah organisasi kerjasama antara Parlimen-parlimen di 10 negara anggota ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Delegasi yang lain terdiri daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (Ahli Parlimen Jerantut), Datuk Verdon Bahanda (Ahli Parlimen Kudat) dan Wong Chen (Ahli Parlimen Subang).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button