BERITA SEMASA

JAKIM laksana solat hajat di 3 masjid utama malam ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat dan bacaan doa di tiga masjid utama, malam ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan berkata, solat hajat dan bacaan doa itu akan dilaksanakan selepas solat Maghrib, hari ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyeru umat Islam untuk bersama-sama melaksanakan solat hajat serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan perlindungan, kesihatan, keselamatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan, memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua serta memulihkan keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Setakat pukul 8 pagi tadi, 17 kawasan di enam negeri iaitu Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak serta Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button