Kritikan KPM lambat tangani jerebu, Fadhlina jelaskan keperluan libatkan agensi lain
KUALA LUMPUR – Pengurusan isu jerebu yang berlarutan lebih dua bulan mencetuskan persoalan mengenai kepantasan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM), susulan teguran seorang pengguna media sosial terhadap kementerian itu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak boleh bertindak secara bersendirian kerana usaha menangani situasi berkenaan memerlukan penyelarasan dengan beberapa agensi lain.
Hal ini kerana, isu jerebu telah dibincangkan sejak lebih dua bulan lalu, manakala pertemuan terbaharu diadakan bagi memperkemas kerjasama antara pihak berkaitan.
“Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Oleh itu, perbincangan secara berkala perlu dilakukan bagi memastikan setiap agensi dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani situasi tersebut.
“Jadi memang kena duduk berbincang dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap teguran pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan KPM dalam menangani isu jerebu, khususnya berkaitan sektor pendidikan.
Pengguna itu mendakwa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk bertindak walaupun isu tersebut telah berlarutan lebih dua bulan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kritikan itu bukan bertujuan menentang Fadhlina, sebaliknya mempersoalkan kelajuan tindakan yang diambil dalam menangani isu berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







