POLITIK

Akmal beri bayangan tinggalkan kerusi Merlimau

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan beliau bertukar kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu merakamkan penghargaan kepada para pengundi kerana memilihnya pada PRN 2021, sekali gus memberikannya penggal pertama sebagai wakil rakyat.

“Terima kasih (pengundi) Merlimau.

“Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke? Atau ada cadangan lain?,” kata Akmal dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebagai rekod, Sungai Rambai dan Serkam merupakan kubu kuat UMNO, namun PRN 2021 menyaksikan saingan sengit di Serkam.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Serkam dengan majoriti tipis dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 79 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas ketinggalan jauh.

Pada PRN sama, Akmal dipilih sebagai ADUN dengan majoriti 3,248 undi.

Beliau kemudiannya dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), dengan portfolio kesihatan sebelum ditukar kepada pembangunan luar bandar, pertanian dan keterjaminan makanan pada 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button