BERITA SEMASA

Dr Akmal sokong tindakan terhadap tiga DJ, pertikai kes Cecilia Yap dan Harith Iskander

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyokong tindakan yang dikenakan terhadap tiga deejay yang didakwa mempermainkan isu sensitif membabitkan penganut Hindu.

Akmal berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penghinaan agama, tanpa mengira latar belakang.

“Saya menyokong apabila tiga DJ yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan, katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu Pak Cik Jagung, kita tidak boleh menerima norma buat dahulu, kemudian minta maaf dan selesai.

“Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka ini dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

Akmal turut mempersoalkan perkembangan siasatan terhadap Cecilia Yap dan Harith Iskander yang didakwa memperlekehkan Islam.

“Saya juga nak tanya kepada pihak berkuasa, jika tiga DJ ini telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecilia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad dan agama Islam?” soalnya.

Beliau turut berkata, undang-undang perlu dikuatkuasakan secara adil dan tidak boleh terpilih-pilih.

“Undang-undang terpakai untuk semua, bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button