POLITIKBERITA SEMASA

PRN Sabah: BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang kuat

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau masih mengutamakan kerjasama dan memperkukuhkan jalinan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Yang pentingnya BN harus memperkukuh kerjasama dengan PH. Itu adalah teras utama terutama dalam pembentukan kerajaan di Putrajaya dan di Sabah juga mungkin suasana politik itu akan dapat diterjemahkan,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2023, di sini.

Dalam pada itu katanya, BN sentiasa mengikuti rapat perkembangan suasana politik di Sabah.

Katanya, memperkukuhkan kerjasama dengan PH adalah penting untuk memastikan persefahaman di antara dua parti tersebut dapat diterjemahkan di Sabah.

Walaubagaimanapun beliau berkata, parti tersebut bersikap dinamik untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang sealiran pegangan politiknya bagi membentuk kerajaan di Sabah.

“Kita pernah bersama-sama dengan rakan-rakan kerajaan yang lepas, tetapi kita telah terpinggir sekarang ini. Namun,  itu tidak menjadikan UMNO tidak relevan di Sabah.

“Malah, ini telah memberikan cabaran yang memperkuatkan UMNO di Sabah, dan kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang kuat bagi membentuk kerajaan di Sabah kelak,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button