Ahmad Zahid jumpa Akmal petang ini
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Datuk Dr Akmal Saleh petang ini bagi membincangkan hala tuju dan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperincikan butiran pertemuan itu, namun dipercayai berkaitan desas-desus peletakan jawatan Akmal.
“Beliau (Akmal) akan jumpa saya petang ini, tapi saya tidak tahu apa keputusan dia,” katanya ketika ditanya nasib dan kedudukan Akmal.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini
Semalam, Akmal dipetik sebagai berkata, beliau akan akur dengan keputusan dibuat Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.
Ini kerana kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta dilantik sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi negeri Melaka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








