Dr Akmal sudah luah isi hati kepada Zahid
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Dr Akmal Saleh mengesahkan telah bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meluahkan isi hatinya.
Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
“Isi hati dan hasrat telah saya luahkan sebentar tadi. Terima kasih Datuk Seri atas nasihat dan kesudian mendengar.
“Insya-Allah moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan bertemu ADUN Merlimau itu hari ini.
Semalam, Dr Muhamad Akmal dilaporkan berkata, beliau akan akur dengan keputusan dibuat oleh Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.
Ini kerana, kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Media sebelum ini melaporkan, Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan disandangnya ketika ini selepas gesaan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








